Lamanyerr tak update blog. ok, kali ini saya nak bercerita mengenai lawatan sambil belajar murid-murid prasekolah SKP8( F ) pada 29 september 2011 bersamaan dengan hari Khamis yang lalu. Lawatan ini telah di adakan di Kilang Coklat Beryl's di Bandar Baru Bangi Selangor, seterusnya di Wet world Pedas Rembau Negeri Sembilan.Seronoknyer...melalui pengalaman belajar menghasilkan coklat yang pelbagai jenis..
Seramai lebih kurang 47 peserta yang mengikuti lawatan ini termasuk murid-murid prasekolah, guru prasekolah, ppm prasekolah, ibu-bapa atau waris prasekolah tidak terkecuali adik beradik murid-murid prasekolah dengan menaiki sebuah bas..perjalanan yang memakan selama kira-kira 4 jam sejak dari pukul 7.00 pagi tidak mematahkan semangat untuk melawat kilang coklat ini..banyak ilmu dan pengalaman yang dilalui oleh setiap individu yang pergi lawatan pada kali ini..
Selain itu, pihak prasekolah juga mengadakan pertandingan mewarna bagi kategori murid-murid prasekolah dan kategori terbuka...penyertaan daripada waris dan ibu bapa prasekolah amat menggalakkan dan mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hadiah sebagai ganjaran bagi lukisan yang cantik dan kemas..
Setelah penat ke sana-ke sini, kami telah pergi ke Wetworld Pedas...bila kata mandi sahaja, murid-murid melonjak keriangan...pantang jumpa air...tak sabar-sabar nak sampai nak ke sana.
dek kerana kepenatan...masing-masing ketiduran ketika perjalanan pulang ke sekolah semula dan kami selamat sampai ke SKP8(F ) kira-kira pukul 8.30 malam..letihnyerr tidak terkira...namun begitu pengalaman yang dilalui amat menyeronokkan..tahun depan nak g manae pula yerrr???????
Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang lawatan tersebut di adakan..
suasana di dalam bas |
seronoknyerr ppm |
guru dan ppm |
bangunan kilang coklat beryl's |
perkarangan tingkat satu |
sesi melihat video dan penerangan dari pegawai lawatan |
penerangan pemprosesan coklat beryl's |
proses menghasilkan coklat |
guru dan pegawai lawatan berbincang |
sesi pemberian coklat percuma |
suasana di kedai coklat beryl's |
memilih sambil merasa |
hiasan di kedai coklat |
jom bayar di kaunter |
banyaknyer borong cikgu suhaimi.. |
kenangan di kilang coklat beryl's bandar baru bangi selangor |
jom makan tengahari di R&R Seremban |
pertandingan mewarna |
mak cik nie pun tekun mewarna |
jom masuk ke wetworld |
guru dan ppm berendam kaki di kolam air panas |
jom tengok harga yang di tawarkan untuk masuk ke wetworld pedas |
apa yang di lihatnye tu.. |
suasana di dalam wetworld |
jom kita pulang sekian itu sahaja....kita jumpa di tahun hadapan dengan lawatan yang lebih bermakna dan menyyeronokkan..pn.sue |