Selamat datang ke blog rasmi, Pradidikku SKP8. Terima kasih kerana sudi melawati blog kami. InsyaAllah, segala aktiviti yang berkaitan dengan Pradidikku ini akan dihebahkan melalui blog ini. Sekian, Terima kasih. Cikgu Sue
RSS

Wednesday 5 October 2011

lawatan prasekolah 2011

     Lamanyerr tak update blog. ok, kali ini saya nak bercerita mengenai lawatan sambil belajar murid-murid prasekolah SKP8( F ) pada 29 september 2011 bersamaan dengan hari Khamis yang lalu. Lawatan ini telah di adakan  di Kilang Coklat Beryl's di Bandar Baru Bangi Selangor, seterusnya di Wet world Pedas  Rembau Negeri Sembilan.Seronoknyer...melalui pengalaman  belajar menghasilkan coklat yang pelbagai jenis..

    Seramai lebih kurang 47 peserta yang mengikuti lawatan ini termasuk murid-murid prasekolah, guru prasekolah, ppm prasekolah, ibu-bapa atau waris prasekolah tidak terkecuali adik beradik murid-murid prasekolah dengan menaiki sebuah bas..perjalanan yang memakan selama kira-kira  4 jam sejak dari pukul 7.00 pagi  tidak mematahkan semangat untuk melawat kilang coklat ini..banyak ilmu dan pengalaman yang dilalui oleh setiap individu yang pergi lawatan pada kali ini..

   Selain itu, pihak prasekolah juga mengadakan pertandingan mewarna bagi kategori murid-murid prasekolah dan kategori terbuka...penyertaan daripada waris dan ibu bapa prasekolah amat menggalakkan dan mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hadiah sebagai ganjaran bagi lukisan yang cantik dan kemas..

Setelah penat ke sana-ke sini, kami telah pergi ke Wetworld Pedas...bila kata mandi sahaja, murid-murid melonjak keriangan...pantang jumpa air...tak sabar-sabar nak sampai nak ke sana.
dek kerana kepenatan...masing-masing ketiduran ketika perjalanan pulang ke sekolah semula dan kami selamat sampai ke SKP8(F ) kira-kira pukul 8.30 malam..letihnyerr tidak terkira...namun begitu pengalaman yang dilalui amat menyeronokkan..tahun depan nak g manae pula yerrr???????

Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang lawatan tersebut di adakan..

suasana di dalam bas


seronoknyerr ppm

guru dan ppm

bangunan kilang coklat beryl's

perkarangan tingkat satu

sesi melihat video dan penerangan dari pegawai lawatan



penerangan pemprosesan coklat beryl's


proses menghasilkan coklat


guru dan pegawai lawatan berbincang



sesi pemberian coklat percuma



suasana di kedai coklat beryl's





memilih sambil merasa


hiasan di kedai coklat




jom bayar di kaunter

banyaknyer borong cikgu suhaimi..

kenangan di kilang coklat beryl's bandar baru bangi selangor


jom makan tengahari di R&R Seremban

pertandingan mewarna 





mak cik nie pun tekun mewarna

jom masuk ke wetworld

guru dan ppm berendam kaki di kolam air panas

jom tengok harga yang di tawarkan untuk masuk ke wetworld pedas

apa yang di lihatnye tu..


suasana di dalam wetworld


jom kita pulang



sekian itu sahaja....kita jumpa di tahun hadapan dengan lawatan yang lebih bermakna dan menyyeronokkan..pn.sue

© Copyright PSyChO-Cikgu Sue @ 2014