Selamat datang ke blog rasmi, Pradidikku SKP8. Terima kasih kerana sudi melawati blog kami. InsyaAllah, segala aktiviti yang berkaitan dengan Pradidikku ini akan dihebahkan melalui blog ini. Sekian, Terima kasih. Cikgu Sue
RSS

Monday 16 January 2012

Tirai 2012

Assalammualaikum, salam bicara serta salam satu malaysia..setahun sudah berlalu dan kini bermulalah lembaran baru, murid baru dan segalanya baru tetapi sti1l guru yang lama ..hehe..itulah dia pembukaan bagi tahun 2012...diharap agar tahun ini akan memeberikan saya lebih semangat untuk menjadi guru yang terbaik dikalangan anak-anak didik di prasekolah Didik ini..
     Okey...sepanjang minggu orientasi prasekolah dijalankan...takbanyak gambar yang dapat saya ambil untuk tatapan bersama..ini kerana keadaan kelas yang bergema dengan suara tangisan anak-anak yang baru mengenal sekolah...baru dipisahkan ibu bapa, mana taknyer..tak pernah berenggang dengan ibu bapa ...yang nak bersekolah pula asyik dengan mainan yang tersedia di prasekolah dan tak heran dengan guru dan PPM yang terjerit, terpekik, terlolong memangil nama masing-masing...rasanya prasekolah dah jadi macam pasar ikan agaknyer..
      Namun itulah dia diawal persekolahan....semuanyanyer dah menjadi kebiasaan kepada guru prasekolah dan PPM yang melayan pelbagai ragam dan karenah murid...bila dilihat-lihat bukan guru yang pening dengan situasi, ibubapa pula yang terkejut dan terlopong melihat ragam-ragam anak-anak ini..itulah pengorbanan yang perlu guru prasekolah tanggung...demi untuk anak-anak didik yang dikasihi...Apa-apapun, walau pelbagai ragam dan karenah tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan perlulah dilaksanakan tanpa sebarang balasan atau habuan..
       Banyaknyer berceloteh...jom kita lihat gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang minggu orientasi dijalankan.

sempat bergambar


aktiviti mewarna

nangis..nangis..lagi pujuk lagi menjadi-jadi

tinggi sangat meja tu...makan kat bawah lagi senang

susah sangat pakai sudu last2 pakai jari sudah

Sedapnya makan

ini kes ngada-ngada..saje nak duduk kat atas peha PPM..

bersandar kat dinding..tengok jer kawan-kawan coz takut

menangis dari mula datang sampai dah nak balik

taknak bangun dari tempat duduk

inilah wajah-wajah ceria murid prasekolah 2012


dah penat nangis sampai tertido kat atas lantai

0 comments:

Post a Comment

© Copyright PSyChO-Cikgu Sue @ 2014