Selamat datang ke blog rasmi, Pradidikku SKP8. Terima kasih kerana sudi melawati blog kami. InsyaAllah, segala aktiviti yang berkaitan dengan Pradidikku ini akan dihebahkan melalui blog ini. Sekian, Terima kasih. Cikgu Sue
RSS

Friday, 22 July 2011

buku skrap abc

pada 14 julai 2011, murid-murid pradidik telah menghasilkan buku skrap abc secara berkumpulan. guru menyediakan bahan dan meminta murid mewarna gambar dan cover buku skrap.. setelah siap helaian gambar tersebut di bukukan mengikut turutan abjad dari huru a-z dan dah pun siap buku skrap..jom kita tengok perjalanan penghasilan buku skrap ini..


sedang sibuk mewarna




dah siap warna

buku skrap dah siap

Kolaj rama-rama hiasan

Pada  4 Julai 2011 bersamaan hari Isnin, saya bersama murid-murid telah menghasilkan kolaj rama-rama untuk hiasan dinding.. mereka begitu kusyuk menampal kertas warna pada gambar lakaran rama-rama.jom kita lihat hasilnya

gambar rama-rama

sedang kusyuk menampal




cepat-cepat

dah siapp

Wednesday, 20 July 2011

Galeri Gambar & VideO

Bulan Kecergasan @ 2011


----------------------------------------------------
Pertandingan Mewarna @ 2011



----------------------------------------------------
Aktiviti Rama-rama terbang @ 2011

Wednesday, 13 July 2011

perancangan jangka pendek

Bil
Aktiviti
1.
Pertandingan mewarna
2.
Pertandingan kolaj atau tampalan
3.
Pertandingan menguli doh
4.
Pertandingan reka cipta bahan terbuang
5.
Pertandingan bercerita
        6.
Pertandingan tulisan cantik
7.
Pertandingan mewarna
8.
Pertandingan teka silang kata
9.
Pertandingan mereka kad ucapan
10.
Pertandingan cepat eja
11.
Pertandingan buku skrap
12.
Lawatan sambil belajar
13.
Konvokesyen prasekolah
14.
Program menabung


perancangan jangka panjang

Bil
              Aktiviti
1.
Minggu Orientasi
2.
Sukan Tahunan Prasekolah


3.


Aktiviti keceriaan :
  -  Mural
  -  Menanam pokok  bunga
 - Tanaman sayuran herba/ botani
 - Program satu keluarga satu bunga
4.
Program rekacipta bahan terbuang
5.
Sambutan hari lahir murid
       6.
Program Intensif bacaan
7.
Lawatan prasekolah
8.
Sambutan hari kemerdekaan
9.
program celik huruf/ sentuhan minda - program ppm
      10.
Program cerdas dan pintar
11.
Program inklusif bacaan

                                                 

perancangan strategik

BULAN
AKTIVITI
Januari
  1. Minggu orientasi Prasekolah
    • Suai kenal antara guru, murid, PPM dan ibu bapa.
    • Mengenal kawasan sekolah dan persekitaran prasekolah.
    • Memahami peraturan di prasekolah.
  2. Mesyuarat waris prasekolah kali pertama:
    • Melantik Ahli Jawatankuasa Waris Prasekolah bagi tahun 2011.
    • Membincangkan program – program prasekolah yang akan di jalankan sepanjang tahun 2011.
Februari
1.Mesyuarat Waris prasekolah kali ke dua.
    • Membincangkan program prasekolah :
-  Sukan tahunan prasekolah.
2.Temasya Sukan Tahunan Prasekolah.
a.       Acara bawa bola pingpong dalam sudu.
b.      Acara tarik bola menggunakan gelung.
c.       Acara masuk air dalam botol menggunakan span
d.      Acara larian berhalang menggunakan skital
e.       Acara lari bawa bola menggunakan skital ( Aiskrim Gergasi. )



Mac & April
1.      Mesyuarat waris prasekolah kali ke tiga
-          Program Keceriaan Prasekolah SKP 8 ( F )
    • Melukis Mural
    • Menanam Pokok Bunga
    • Gotong- royong

2.      Sambutan Maulidur Rasul

Mei
1.      Sambutan Hari Lahir Murid Prasekolah  Bulan 1-5.
2.      Sambutan Hari Guru.
a.       Nyanyian
b.      Sajak atau puisi
3.      Perjumpaan waris prasekolah kali ke 4
-          Keceriaan landskap prasekolah.

Jun & Julai
  1. Mesyuarat waris prasekolah kali ke empat :
-           Lawatan Prasekolah 2011
  1. Sesi penggambaran Murid Prasekolah.

Ogos
  1. Program Hari Bakat / Karnival Prasekolah.
  2. Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53 Peringkat Sekolah.
    • Nyanyian lagu-lagu Patriotik
    • Sajak
    • Pertandingan mewarna gambar berkaitan Hari Kebangsaan.

September
  1. Mesyuarat Waris Prasekolah kali ke lima.
    • Membincangkan tentang Hari Konvokesyen / anugerah cemerlang murid prasekolah.

Oktober
  1. Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia
  • Pertandingan Pakaian Beragam
  • Pertandingan Sukaneka
  • Sambutan Hari Lahir murid Prasekolah Bagi Bulan Jun – Disember 2011.
  1.  Jamuan Akhir Tahun Prasekolah 2011

November
  1. Majlis Konvokesyen / anugerah cemerlang Prasekolah 2010.
    • Penyampaian Sijil dan cenderamata prasekolah.
    • Nyanyian .
    • Penyampaian Anugerah Murid terbaik Prasekolah.

Disember
·         Cuti persekolahan bagi sesi 2011

Bulan kecergasan

Pada hari isnin di adakan bulan kecergasan bagi murid-murid SKP 8. tidak terkecuali juga di sertai oleh murid-murid prasekolah. mereka memasuki acara sukaneka. antara acaranya ialah menarik bola menggunakan gelung rotan, membawa bola pingpong di dalam sudu dan menyusun tin. masing-masing bersungguh-sungguh untuk memenangi acara ini. mana tidaknyerr masing-masing nakkan hadiah..

jom kita tengok aksi mereka,


murid-murid memberi sokongan kepada abang dan kakak bermain

bersedia untuk acar menarik bola guna gelung

murid-murid mendengar arahan guru

cepat-cepat

aksi bawa bola pingpong guna sudu

ini acara susun tin

lari cepatt

cikgu pun sempat berposing

pertandingan bola jaring antara rumah sukan

pertandingan mewarna pradidik

pada hari Isnin yang lepas, prasekolah didik telah mengadakan aktiviti pertandingan mewarna... jadi, murid-murid bersungguh-sunguh mewarna semata-mata ingin mendapatkan hadiah..jom kita lihat beberapa gambar yang sempat saya ambil.

gambar untuk mewarna

berbincang warna yang nak di gunakan

bersungguh-sungguh mewarna

hmm...siapalah yang mewarna nehh

ha..cantik pun


warna cantik cantik yerr

percambahan biji benih

Pada minggu lepas, prasekolah didik ada membuat eksperimen pertumbuhan sayur tauge melalui kacang hijau.. setelah menunggu hampir seminggu..inilah hasilnya. budak-budak berasa gembira dengan eksperimen mereka.. mesti di rumah pun mereka meminta ibunya membuat perkara yang sama...inilah hasilnya






Pokok tauge siap berdaun

kalau di tanam di tanah pasti jadi poko kacang hijau.

Saturday, 9 July 2011

kad raya gergasi

Sempena raya yang menjelang, saya mengambil kesemptan untuk menghasilkan kad raya gergasi untuk di berikan pada ibu dan bapa murid-murid prasekolah. nampaknyer mereka berasa seronok dengan penghasilan kad raya hasil kreativiti mereka sendiri.. berikut adalah beberapa gambar sepanjang aktiviti ini di jalankan..

apalah agaknyer yang di bualkan itu



tekunnyer mewarna



ppm sibuk pun melukis juga
                                         
ini kad raya saya

Kad raya yang telah siap









© Copyright PSyChO-Cikgu Sue @ 2014