Selamat datang ke blog rasmi, Pradidikku SKP8. Terima kasih kerana sudi melawati blog kami. InsyaAllah, segala aktiviti yang berkaitan dengan Pradidikku ini akan dihebahkan melalui blog ini. Sekian, Terima kasih. Cikgu Sue
RSS

Tuesday 5 July 2011

latar belakang guru Prasekolah

Bismillahirrahmanirrohim....
Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia...

        Saya Suzaliana binti Hamzah, dilahirkan di Felda Kemelah Segamat Johor pada 16 Oktober 1984. Saya dibesarkan di Felda Palong 8 Gemas Negeri Sembilan. Kini saya bekerja di Sekolah Kebangsaan Palong 8   ( F ) Sebagai guru Prasekolah Didik . Saya telah mengajar selama 6 tahun bermula tahun 2006 sehingga kini.
   Saya mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas Palong 7 dan bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Palong 7( F ). Seterusnya meneruskan pembelajaran di Sekolah Menengah Palong 7( F ). Habis pendidikan menengah, saya ditawarkan di Sekolah King Geogre V ketika tingkatan 6 dan tinggal di Asrama Puteri Melayu, Seremban.
Walau bagaimanapun pengajian saya di sini hanyalah setakat Tingkatan 6 Rendah sahaja kerana saya telah ditawarkan ke Maktab Perguruan Islam , Bangi Selangor. Alangkah gembiranya saya ketika itu kerana sejak kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi guru memandangkan saya suka pada kanak-kanak. Namun begitu saya berasa dukacita kerana kehilangan abah yang di sayangi dan beliau tidak sempat menghantar saya  ke Maktab Perguruan.Abah saya telah dijemput pulang dan saya doakan agar beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
   Banyak dugaan suka duka saya selama saya berada di Maktab Perguruan, namun berkat doa ibu dan keluarga tersayang , saya dapat menghabiskan pengajian saya dalam bidang Prasekolah dan Bahasa Melayu dengan cemerlang dan jayanya. Al-hamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T.
    Setelah habis pengajian di Maktab saya telah berposting di Negeri Sembilan dan untuk pengetahuan anda Sekolah Kebangsaan Palong 8 ( F ) adalah Posting saya yang pertama dan sehingga kini. Hmmm..itulah walau sejauhmana kita belajar rupanya begitu dekat saya dengan keluarga saya apabila sudah bekerja..
      Kini, saya melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda ( Bachelor Of Early Childhood Educatian Hons) dibawah Universiti Tun Abdul Razak dan berkuliah di Kolej Yayasan Melaka. Pengajian saya ini berlanjutan selama 4 tahun dan kini saya baru memasuki semester 2..Banyak lagi cabaran yang harus saya tempuh untuk menamatkan pengajian saya. Doakan saya cemerlang dalam apa jua bidang saya ceburi...
Apapun, setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama..dan sebarang input atau maklumat lain akan saya kongsikan di lain hari dan masa...salam..

0 comments:

Post a Comment

© Copyright PSyChO-Cikgu Sue @ 2014