Selamat datang ke blog rasmi, Pradidikku SKP8. Terima kasih kerana sudi melawati blog kami. InsyaAllah, segala aktiviti yang berkaitan dengan Pradidikku ini akan dihebahkan melalui blog ini. Sekian, Terima kasih. Cikgu Sue
RSS

Wednesday 6 July 2011

Pengenalan Prasekolah




   Pendidikan prasekolah merupakan satu usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak- kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Focus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak menekankan inkuiri penemuan dan bersepadu, bertema , belajar sambil bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaakan projek.

   Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.

   Selain itu, pendidikan Prasekolah juga bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan

0 comments:

Post a Comment

© Copyright PSyChO-Cikgu Sue @ 2014