Selamat datang ke blog rasmi, Pradidikku SKP8. Terima kasih kerana sudi melawati blog kami. InsyaAllah, segala aktiviti yang berkaitan dengan Pradidikku ini akan dihebahkan melalui blog ini. Sekian, Terima kasih. Cikgu Sue
RSS

Wednesday 6 July 2011

latar belakang prasekolah SKP8(F)



     Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak, pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan , bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.


     Prasekolah Sekolah Kebangsaan Palong 8 ( F ) merupakan satu institusi pendidikan awal kanak-kanak yang berumur seawal 5 hingga 6 tahun. Antara aspek yang di ajar dalam pendidikan prasekolah adalah mengikut Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ).

     Prasekolah di sekolah ini telah ditubuhkan seawal tahun 2003 dan dinamakan Prasekolah Didik.Terdapat seramai 25 orang murid berserta seorang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid.Guru yang mengajar ketika ini ialah Pn Naemah binti Yacob manakala Pembantu Pengurusan Murid ialah Cik Aida Munira binti Sa’air.

     Puan Naemah telah berkhidmat selama 3 tahun bermula dari tahun 2003 hingga tahun 2005, dan pada tahun 2006 guru prasekolah Didik telah di ganti oleh Puan Masiah Binti Khalil dan pembantu pengurusan murid yang sama. Puan Masiah telah berkhidmat selama 3 tahun dan pada tahun 2009 guru prasekolah Didik diganti dengan Pn Suzaliana binti Hamzah sehingga kini.

     Pada tahun 2005, sebuah lagi prasekolah telah ditubuhkan . Prasekolah ini diberi nama Prasekolah Sri Permata yang mana terdapat juga seramai 25 orang murid berserta seorang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. Guru yang mengajar ketika ini ialah Pn. Norien manakala Pembantu Pengurusan murid ialah Cik Roshanisah binti Abd Aziz .

     Pn Norein telah berkhidmat selama setahun dan pada tahun 2006, guru prasekolah Sri Permata telah di ganti oleh Pn Suzaliana binti Hamzah sehingga tahun 2008. Pembantu Pengurusan Murid pula telah di ganti oleh Pn Ruzaimah binti Ibrahim pada tahun 2006 sehingga kini.

     Seterusnya pada tahun 2009, guru prasekolah telah diganti oleh En.Mohd Suhaimi bin Ta’at sehingga kini.
Antara Program- program yang di adakan di prasekolah ini ialah Sukan Tahunan Prasekolah, Sambutan Hari Lahir, Sambutan Maulidur Rasul, Sambutan Hari Guru, Karnival Prasekolah, Rombongan atau Lawatan Prasekolah, Hari Kebangsaan dan Hari Konvokesyen Prasekolah.

     Bagi Karnival prasekolah pula meliputi pelbagai pertandingan antaranya Nyanyian dan gerakan, bercerita Bahasa Melayu , Bercerita Bahasa Inggeris , Hafazan, Sajak, Tarian Tradisional dan Pertandingan Mewarna. Karnival prasekolah ini di adakan setiap tahun bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan bakat muri-murid prasekolah dalam aspek Kerohanian dan Moral, Kreativiti dan Estetika, dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment

© Copyright PSyChO-Cikgu Sue @ 2014