|
RUANG BELAJAR |
Ruang amat penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. oleh itu saya telah membahagikan ruang kepada beberapa bahagian antaranya:
- Ruang Belajar- Amat penting bagi memudahkan dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
- Tunjang-tunjang atau sudut pengajaran
- Ruang memasak dan penyediaan makanan
- Ruang makan
- Tandas
- Taman permainan,koridor dan landskap prasekolah
Sudut atau tunjang Sains dan Teknologi amat penting bagi memudahkan pengajaran Sains dan Matematik serta pengiraan objek. selain memperkenalkan murid dengan sisitem siaran dan komunikasi seperti radio dan televisyen.
|
TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI |
Ruang pengurusan diri amat penting bagi murid-muird untuk menguruskan diri sendiri. bagi murid yang tidak sihat, mereka akan di letakkan pada katil yang di sediakan bagi merehatkan diri. terdapat juga first aids di letakkan di ruang ini bagi memudahkan sesuatu apabila ada perkara yang tidak dingini berlaku yang menyebabkan kelukaan pada anggota badan. terdapat juga peralatan kemas diri seperti sikat, cermin, bedak, pengikat rambut dan minyak bagi memperkemaskan anggota badan sendiri.
|
RUANG PENGURUSAN DIRI
Pentas bakat pula merupakan tunjang bagi Sosioemosi. pentas ini di buat bertujuan bagi memperlihatkan bakat murid dalam bidang nyanyian, aksi spontan atau lakonan. |
|
TUNJANG SOSIOEMOSI
Meja komputer pula amt penting dalam sesi pengajaran dan pembelajran dimana murid-murid boleh menggunakan teknologi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di samaping mengetahui bagaimana menggunakan komputer tanpa meminta pertolongan orang lain. |
|
MEJA KOMPUTER
Inilah dia ruang pembelajaran di prasekolah Didik SKP8 dimana muri-murid dapat melakukan tugasan atau menjalankan aktiviti dalam suasana yang kondusif dan teratur. murid-murid boleh duduk di kerusi masing-masing atau duduk di meja bawah untuk membuat sebarang tugasan. |
|
MURID-MURID MENJALANKAN AKTIVITI P&P
Gambar di bawah menunjukkan meja guru di mana guru menggunakannya apabila di perlukan untuk melakukan sesuatu kerja. di belakang meja guru terletaknya fai-fail pengurusan prasekolah dan dokumen yang diperlukan oleh prasekolah. |
|
MEJA GURU PRASEKOLAH |
|
sudut dari tepi prasekolah |
0 comments:
Post a Comment